Anew Genics dari Avon, selepas kajian 10 tahun formula baru ini dipercayai 'merubah' genetik dengan jagaan kulit berevolusi.
Aku baru mendapat sample dari Avon Malaysia kemarin (Thanks Elaine dan Mazz), dan first trial memang best. Baca punya baca explaination berkenaan produk ni, rupanya para sainits Avon telah merungkai rahsia genetik keremajaan tubuh, Hasilnya, Anew Genics Treatment Concentrate, serum dengan kuasa Teknologi YouthGen ini membantu pemakainya kelihatan sehingga 10 tahun lebih muda.
INSPIRASI:
Para saintis Avon mendapat inspirasi dari sebuah kajian genetik yang berjaya merungkai rahsia jangka hayat yang lebih panjang. Sebuah universiti terkemuka Itali telah mengkaji sekumpulan individu yang mempunyai jangka hayat panjang dengan kesihatan optima.
Kajian juga mendapati bahawa sesetengah orang dapat hidup lebih lama dan lebih sihat; melepasi usia 100 tahun; kerana mempunyai gen keremajaan atau Youth Gene yang sunggu aktif- dan gen ini sebenarnya ada dalam diri kita semua.
PENEMUAN:
Para saintis Avon telah berkerjasama dengan kumpulan pengkaji Itali tersebut bagi mencari hubungkait antara Youth Gene dan kulit. Mereka mendapati Youth Gene memastikan tubuh sihat dan membantu sel kulit menjana sel muda dan keadaan ini berkurangan mengikut usia. Oleh itu, sebarang anjakan dalam jumlah protein Youth Gene pasti dapat menjadikan kulit tampil mebih muda, lebih lama.
Dengan penemuan luar buasa ini, para saintis Avon menduplikasi hubungkait Youth Gene dan kulit bagi mencipta Anew Genics. Sebagai peneraju Teknologi YouthGen yang pertama dalam industri kosmetik, Avon kini merevolusi dunia jagaan kulit anti-penuaan.
Produk ini sudah berada di pasaran, anda boleh dapatkan dari butik kecantikan Avon atau wakil-wakil jualan. Harga bagi Sabah dan Sarawak ialah RM182.85, agak mahal tapi berbaloi kerana kelebihannya yang boleh dirasai serta merta.
Sekali pakai, Anew Genics ini akan menghidupkan semula keremajaan kulit dengan nyata, kulit terasa dan tampak anjal, garis ekspersi semakin pudar dan keserian kulit dikembalikan.
Dalam hanya dua minggu, ia akan memenuh semula kedutan dan mengurangkan penampilan warna tak sekata, manakala dalam lapan minggu kulit akan kelihatan lebih muda.
So, kalau anda masih tertanya-tanya apa hadiah terbaik untuk diri anda yang sekian lama berusaha keras mencari rezeki, inilah jawapannya. Sayangi kulit anda, jangan menyesal di hari tua...
P/S: Saya akan dapatkan sebotol untuk mama di rumah, dan kamupun buatlah perkara yang sama :)
Friday, March 09, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment