Friday, March 09, 2012

Moisture White Shiso BB Cream

Lama betul tidak buat review pasal cosmetic products kan?

Memandangkan hari ini tugasan tidak banyak, maka aku mengambil kesempatan untuk membuat review pasal The Body Shop Moisture White Shiso BB Cream, kerana cream ini sedang dalam promosi di semua outlet The Body Shop seluruh Sabah dan Labuan.

The Body Shop Moisture White Shiso BB Cream boleh digunakan ke atas wajah sebelum mennggunakan powder. Tapi sekiranya kulit anda jenis yang kering, The Body Shop Moisture White Shiso BB Cream sudah cukup memadai selepas meletakkan toner.

Namun, sekiranya anda mempunyai kulit jenis berminyak saya sarankan anda menggunakan cream ini bersama sedikit lapisan powder untuk kesan yang lebih menyerlah.

Sejak kebelakangan ini, BB cream sangat popular di sekitar Asia kerana bahan yang digunakan dalam cream tersebut boleh menghaluskan dan mencerahkan kulit wajah.

Apakah itu sebenarnya BB cream? Hehehehe mari kita kupas satu persatu. BB cream sangat popular di Asia dan banyak dipakai oleh artis Korea. Di sebut ‘krim ajaib’ kerana kemampuannya untuk memperbaiki kulit dan membuat make up menjadi lebih mudah.

Perbezaan antara BB Cream dengan produk kosmetik lain BB Cream adalah kosmetik sekaligus dapat merawat kulit. Produk foundation lain umumnya tidak merawat kulit, BB Cream melakukan keajaiban dengan memperbaiki kulit.

Keajaiban pertama adalah sebagai essential krim, menutrisi kulit, mengencangkan dan menghaluskan kulit sehingga tampak selembut sutra.


Kedua sebagai tabir suria, dengan SPF-25 yang melindungi kulit daripada sinar UV yang dapat menyebabkan bintik hitam di wajah.


Ketiga sebagai bedak asas, membantu memperbaiki masalah kulit dan melindungi wajah daripada bahan bahan kimia berbahaya produk make up lain.


Dan keajaiban terakhir adalah sebagai foundation yang membuat make up tampak sempurna dan wajah tidak berminyak sepanjang hari.

Kebaikan BB CREAM dalam sekali pakai
Menutup jerawat, pori-pori, noda-noda, garis halus dan warna yang tidak sekata TANPA menyumbat pori-pori dan merosak kulit wajah. Pastinya, BB Cream menjadikan kondisi kulit lebih baik dan menjadikannya lebih sihat.

Kebaikan BB CREAM dalam 1 bulan
Kulit terasa lebih halus dan lebih sihat serta bercahaya di mana setiap kali kita menggunakannya BB cream bekerja sebagai lapisan yang melindungi serta berfungsi sebagai oil control dan juga memberikan moisturizer (pelembab) sehingga kulit menjadi sangat sihat.


Selain itu, BB Cream memiliki fungsi untuk melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara yang merosakkan lingkungan sehingga menjadikan kulit tetap sihat. Kandungan dalam BB Cream yang alami seperti Hazel, Aloe dan Caviar extract membantu regenerasi kulit dan mengecilkan pori-pori di mana dalam satu bulan kita akan merasa kulit semakin lembut dan menjadikan kulit kelihatan memukau.

Bah, apa tunggu lagi? Kalau member, RM30++ jak sekarang. Besar juga 30ml.

0 comments: