Tuesday, February 07, 2012

Pumpkin Petai

Keinginan aku makan petai membuak-buak bila terlihat entri lama di travel blog aku yang bertajuk Madam Kwan's Midvalley KL. Aku rindu sangat makan Sambal Petai Dengan Udang dia. Urghhhh... Berliur-liur aku menaip entri ni.

Memandangkan aku tidak pandai masak sambal, so aku ambil keputusan untuk membeli petai dan pumpkin. Sengaja mau cari kombinasi sayur kegemaran aku. Aku tumis kedua-dua sayur ini dicampur dengan udang kering.

OMG. Walaupun aku mengalami masalah ketika membuang air selama 3 hari kerana bau petai, aku tidak kisah semua tu. Puas hati!!! Nikmat...

0 comments: