Sunday, January 22, 2012

Produk baru dari The Body Shop, Drops of Youth

Terima kasih kepada The Body Shop kerana memperkenalkan pelembab baru, Nutriganics™ Drops of Youth. Pelembab ini sangat lembut dan menggalakkan kesegaran kulit hanya beberapa saat selepas menyapu dan mengurut halus ke muka. Kalau orang Sabah cakap "Halus berabis kulit oooo". Hehehehe.

Sesuai dengan namannya yang bermaksud 'titisan kemudaan', produk ekslusif ini menggalakkan pembaharuan pada permukaan kulit dan pastinya membuatkan kulit lebih segar, sihat dan lembut.

Cara meggunakannya, cuma mengambil 2 atau 3 titis (menggunakan penutup), sapukan ke muka perlahan-lahan, dan tunggu sehingga terasa meresap ke dalam kulit. Selepas itu bolehlah menggunakan pelembab atau serum yang biasa anda gunakan.

Selain daripada Drops of Youth, produk kali ini dilengkapkan dengan set buih pencuci muka, krim siang, krim malam dan toner. Terpulang kepada anda samaada ingin membeli semuanya sekaligus ataupun cuma Drops of Youth sahaja.

Harga Pasaran (Drops of Youth): RM115 (Sabah dan Labuan)

0 comments: