Tuesday, February 07, 2012

Pizza Terbaik dari Little Italy

Selama aku study di KL, pizza yang paling aku suka ialah Domino's pizza sebab tepung dia yang nipis dan dressing dia yang sangat lazat.

Tapi setelah beberapa tahun balik Sabah, aku tidak mampu untuk menikmati Domino's Pizza lagi sebab tiada orang yang buka cawangan di sini.

The best part, ofis aku berdekatan restoran Italy yang paling terkenal di bandaraya Kota Kinabalu, iaitu Little Italy.

Sesedap manapun Domino's Pizza, aku rasa pizza Little Italy lagi sedap, terutama papperoni pizza dia. Urghhh... kalau bukan harga dia yang mahal aku sanggup makan pizza tiap-tiap minggu.

Kalau korang mau rasa, Little Italy terletak di Jalan Pantai, di seberang Wisma Merdeka dan sebaris dengan Capitol Hotel dan Kinabalu Daya Hotel.

Pizza terbaik yang saya rasa setakat ini adalah dari Little Italy, kemudia Domino's Pizza.

Selain pizza, aku recommend lasagna dan spagetthi bolognaise. TERBAIK!

0 comments: