Wednesday, August 17, 2011

Gemukpun Fabulous Jugak!

Tidak ramai orang faham akan tekanan dan dilema wanita berbadan gempal, atau lebih famous dipanggil GEMUK.

Menjadi salah seorang dari kategori ini semenjak enam tahun lepas (badan aku naik mendadak sesudah habis belajar pada 2005) mengajar banyak benda yang penting dalam hidup, terutapa bagaimana menghargai diri sendiri dan berdiri penih keyakinan walaupun menjadi bahan ketawa orang lain, terutama orang-orang yang tidak menyukai anda, mahupun musuh dalam selimut.

Tamparan paling hebat pada aku apabila seorang wanita kurus (walaupun tidak secantik mana pada biji mata aku) menyerang aku atas sebab-sebab tertentu.

Dia cakap aku 'Perempuan Gemuk yang BODOH'- Setakat kerja wartawan tak payah kerja tinggi-tinggi, cuma perlu jadi celupar dan cari berita di kedai kopi sambil makan banyak-banyak.

Aku masih simpan statement dia ni sebab ada kawan aku yang kebetulan kawan dia bagitau aku pasal hal ni. Aku print screenkan status dia.

Benda tu bukan sekali dua, tapi hampir tiap hari dia ejek aku dengan sokongkan kawan-kawannya. Aku stalk FB dia pakai FB kawan aku... Aku menyesal gila tengok status dia macam tu.

Aku bukannya nak burukkan sesiapa tapi kalau bandingkan diri aku dengan dia, mungkin benda Kurus/Gemuk ni aku kalah la.. tapi kalau dia cakap aku bodoh, ternyata terang lagi bersuluh dia yang layak dipanggil gelaran tersebut.

Mula-mula aku down giler sebab dalam aku sendiri mati-matian 'struggle' dengan benda baru dalam badan aku, ada orang lain yang make joke pasal fizikal aku.

Takyah deny, setiap wanita mahu kelihatan menarik untuk berada selesa di kalangan masyarakat. Memiliki badan kurus adalah salah satu keinginan semua wanita.

Lepas kejadian tu, I started cutting down my food to the max sampai jatuh sakit. Benda ni akan tambah memeritkan especially bila orang compare diri anda dengan dia.

At some point, wanita yang waras akalnya mungkin akan mengalami tekanan pada fasa awal tetapi lama-kelamaan benda tu akan jadi perkara biasa.

Bagi aku. banyak benda 'ridiculous' yang menambahkan kusut-masai otak, including takut BF lari, takut orang akan cakap bad things pasal aku tan tak tahan ejekan.

However, benda macam ni kena hadapi dengan fikiran positif dan jangan terpedaya dengan hasutan 'syaitan' yang akan menjejaskan jiwa.

Syukurlah, berkat doa yang tidak putus-putus, perempuan tu sudah berhenti (setakat ini) sebab sudah ada BF baru. Dia sekarang sibuk post romance activiti dia kat FB wall. So, dia taknak post pasal aku lagi kot sebab takut BF dia curious pasal 'black history' pompuan tu.

Bagi aku, kadang-kadang terfikir juga pastinya ada sesuatu dalam diri aku yang membuatkan dirinya terancam sampaikan dia post macam-macam pasal aku.

Sedangkan, aku tidak mengenalinya dan kalau mengikut plot cerita bagaimana benda ni terjadi, aku adalah mangsa keadaan tetapi dia tidak boleh terima kenyataan.

Aku masin ingat bila dia tak puas hati, dia pura-pura hantar email sms and FB mesej kat aku. Kononnya nak ceritakan benda yang akan sakitkan hati aku.

Semakin banyak cara dia serang aku personally, semakin tinggi confident level aku sebab walaupun aku ni 'plus size' tapi skinny girl macam dia still rasa tak puas hati dengan diri dia sendiri sampai nak musuh-musuh.

Bagus juga menjadi orang yang different kan? Memangkah sakit bila orang pandang kita semacam tapi yang pasti, Gemukpun Fabulous Jugak!

1 comments:

tiefazatie said...

sgt kejam!sis..biarkan die!buat budu sj bha..die jeles la tue kan..janji sis bahagia..gemuk pun cantik bha..=)