Warga Kota Kinabalu yang mencari-cari tempat berbuka puasa bersama keluarga mesti consider The Square Restaurant di tingkat 5 Hotel Novotel 1 Borneo.
Setakat hari ke 14 berpuasa hari ni, aku sudah round beberapa hotel sekitar KK yang ada menyediakan juadah bersungkai (buka puasa) dan The Square Restaurant adalah paling murah setakat ini.
Dengan hanya RM38++ untuk dewasa dan RM19++ untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, anda boleh menikmati pelbagai masakan ala kampung dari dapur halal mereka.
Terlalu banyak pilihan sampaikan tidak tahu pilih yang mana satu sebab ye la... time puasa ni cuma terasa lapar time 5 minit pertama selepas berbuka. Lepas tu, makanan yang dah ambil banyak-banyak depan mata bukanlah larat nak habiskan.
Kalau bandingkan dengan hotel lain, tidak ada banyak beza, cuma dessert sahaja yang agak kurang. Tapi still murah tau... My favourate, satay dan beef salad :)
Saturday, August 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
einz tag lady mariah kat contest...jom join~
http://einzmiszmessyartwork.blogspot.com/2011/08/saya-mahu-duit-syiling-malaysia-siri.html
thanks for tagging. nanti i buat :)
wah..best tue..tp..ifa mkn xbyk..rugi ja..hihi
Post a Comment