Thursday, August 18, 2011

FB status meraih populariti

Sanggupkah anda berkongsi setiap apa yang anda lakukan dalam sehari ke dalam status FB?

Memandangkan demam FB kini sudah merebak kepada anak-anak kecil, maka macam-macam boleh berlaku, terutama mereka-mereka yang 'sakai' atau 'kejakunan' dengan laman sosial ini dan sanggup letak status macam-macam untuk meraih populariti.

Since setiap rakan yang kita approve adalah ditapis sebelum menjadi friendlist, kebanyakan rakan FB kita adalah di kalangan keluarga dan rakan-rakan.

However, ramai juga yang add dan request friend sesuka hati untuk berlawan friend paling ramai dengan kawan.

Paling menggelikan dan mengejutkan apabila status dijadikan bahan kempen untuk meraih banyak komen dari friendlist. Secara ringkasnya, menjaja status untuk meraih populariti.

Aku terkejut beruk bila baru-baru ni melihat status seorang 'gadis kampung' yang menunjuk-nunjuk 'aktiviti atas katil' di status FB sedangkan dia belum berkahwin.

MasyAllah... di manakah harga diri wanita jika menghebahkan perkara tersebut kepada lebih daripada 1ribu jumlah rakan?

Adakah kita sanggup melihat keluarga kita dipermalukan dengan tindakan bodoh sedemikian? Astagfirullah...

Ya Allah... jadikanlah aku hambamu yang takut pada kemungkaran. Jauhilah aku dari perkara-perkara jahat yang akan merosakkan diriku dan keluargaku...

Biarlah FB kita tidak berstatus asalkan tidak menjaja diri dalam laman sosial Muka Buku!

1 comments:

tiefazatie said...

adeh..biar btol sis..adui la..malu nya tue..ifa jrg2 sdh main post2 di wall fb nie..