Wednesday, June 22, 2011

Green Lantern- Antara Keberanian dan Ketakutan

Aku suka filem Green Lantern dan cerita ni sangat berbaloi untuk diberi sokongan.
Malam tadi aku dengan Mr. BF tengok movie ni kat Cathay Cinema, Bandaraya Kota Kinabalu. Dari awal sampai akhir aku asyik gelak je sebab storyline dia memang best and unsur lawak dalam script dia sangat teratur. Tak rugi RM8.

Selain daripada itu, animasinya juga sangat best dan jalan ceritanya yang memberikan semangat untuk insan biasa seperti kita untuk belajar mengatasi ketakutan dalam diri sendiri.

Quote yang aku paling ingat bila watak utama cakap begini: Seringkali kita dengar orang di dunia cakap "Aku cuma manusia biasa" untuk menunjukkan ketakutan dan kekecewaan tapi itu bukan menunjukkan bahawa kita lemah.

Moralnya, walaupun manusia mempunyai perasaan takut, tapi kita harus tahu bagaimana mengawal ketakutan agar tidak memakan diri.

So, kalau korang belum tengok, cepat pegi cinema malam ni and enjoy it! Tak rugi :)



0 comments: