Wednesday, June 22, 2011

Portal Tonton


Setiap negeri dalam Malaysia ni ada dialect dan bahasa dia sendiri. Apatah lagi Sabah, yang terdiri daripada 32 suku ethik dan lebih 80 bahasa percakapan.

Banyak perkataan yang mungkin lain dari yag lain, dan tidak pernah kedengaran. Ada pula perkataan yang selalu didengar tetapi membawa maksud yang sangat berbeza. Yang ironicnya, kalau perkataan itu berunsur lucah.

Baru-baru ini, Media Prima Berhad telah melancarkan satu portal hiburan yang diberi nama TONTON.

Semua orang pun tahu erti 'TONTON' adalah melihat atau tengok dalam Bahasa Melayu. Berlainan pula dalam bahada Kadazan di Sabah, perkataan ini bermaksud yang tidak elok, dan tidak patut disebut di khalayak ramai kerana berunsur lucah...

Tidak tahu la kalau Media Prima sengaja menggunakan nama ini kerana lebih mudah diingat ataupun memang tertarik dengan perkataan ini? Apa yang pasti, Media Prima tentu tidak berniat untuk menghina wanita dalam memilih nama ni... Kan?

P/S: Sebelum ni pun ramai dah guna perkataan tu dalam contest mereka. Contohnya: PERADUAN TONTON DAN MENANG!

0 comments: