Tuesday, June 21, 2011

Contest 'AKU SAYANG DIA'

Honey Amour Forever telah mengadakan contest Aku Sayang Dia di blognya. Hadiahnya walaupun simple dan tak seberapa, aku nak juga join contest ni untuk tambah ramai kawan baru. Lagipun, manatau ada rezeki kan...

Gambar yang di bawah ni adalah gambar aku (paling tengah) bersama rakan-rakan aku yang aku sayang sangat-sangat. Imej paling atas bertajun "Friendship Will Never Sink" diambil pada tahun lepas kat tepi Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu ketika menunggu waktu berbuka puasa.

Manakala imej yang di sebelah bawah tu bertajuk "Mariah and her boduguards" diambil pada awal tahun ini, ketika Malam Media CIMB bertempat di Pacific Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.

Aku sayang dia kerana dia-dia inilah yang menemani aku meniti kehidupan sepanjang aku bernafas 28 tahun di bumi ini. Aku membesar dengan gadis-gadis istimewa (imej atas) yang banyak memberi kasih sayang tanpa berbelah bahagi. Terima Kasih Rusminah (kiri) dan Nuraisyah (kanan). Manakala, jejaka-jejaka yang berwajah garang (imej bawah) tapi hati lembut adalah sahabat-sahabatku di medan pekerjaan. Aku sayang mereka kerana mereka adalah seperti abang dan ayah kepada ku. Terima kasih (dari kiri) Datu Ruslan, Willie Jude, Elton Gomes dan Edmund.

5 comments:

honey amour said...

nice pic...thx join darling..:)))

Abby Salvatore said...

Gud Luck moi...!

pink bah belognyaaaa...piwitttttt!since when?Pinky2 dis?hahahaaa...

ladymariah said...

@HA: thanks, babe. hoping to win ;-)
@BC: pink ka ni colornya? hahahaha. mcm aku tesalah color ni tau hahahahaa wakakaka lucu bikin malu tau hahahaa.

honey amour said...

update syarat contest klik je---> : sini

Azeda Ahmad said...

follow u done..jemput join contest http://theblackred.blogspot.com/search/label/contest