Sunday, February 03, 2013

Batu Willy, Boracay

Ramai orang kata, Willy's Rock ataupun Batu Willy di Stesen 1 Pulau Boracay ialah tempat yang paling banyak diambil gambar. Aku percaya juga la sebab bila google "Willy's Rock' pasti akan keluar gambar Baru Willy ini di google image. Ada juga orang yang cakap anda tidak akan benar-benar memijak Pulau Boracay sehingga mengambil gambar dengan batu ini.

Ketika pertama kali ke Pulau Boracay dua tahun lepas, kami tidak mempunyai peluang untuk menikmati pemandangan di batu ini kerana sibuk dengan aktiviti 'Island Hopping', sunset dan berenang di Stesen 2.

Lawatan aku dan suami, Carl, (kononnya bulan madu setelah 2 bulan berkahwin) pada Januari 2013 kami berpeluang untuk menghabiskan beberapa jam masa di batu ini untuk mengambil gambar dan melihat gelagar orang ramai yang mengambil gambar dan berenang-renang di kawasan perairan di tepi batu.

Batu Willy ini boleh dilawati dengan berjalan kaki dari Stesen 3 (kami tinggal di sini kerana bajet yang agak rendah), dan masa yang paling sesuai ialah ketika air laut sedang surut. Tapi ingat, jarak dari Stesen 3 ke Stesen 1 lebih kurang 5 kilometer jadi kalau stamina kurang seperti aku, baik ambil tricycle dan bayar 100 peso untuk mengelakkan kaki kejang dan berdenyut-denyut ketika tidur malam.

Batu willy ini tidaklah sespecial mana pun, cuma batu saja. Tapi kerana orang ramai yang rekomen untuk bergambar di sini, kamipun sangguplah jalan kaki. Selepas berjalan sejauh berkili-kilometer, bolehlah menjamu selera di Jonah's, Fruitshake, sebuah restoran fruitshake yang sangat popular di Stesen 1 sambil menikmati keindahan pantai Boracay dihiasi dengan Batu Willytidak jauh dari restoran.

 Special pose dari Carl dari sebatang pokok kelapa mereng dengan pemandangan Batu willy di belakang

 Pemandangan Batu willy dari Restoran Jonah's Fruitshake

 Cantiknya pantai di Stesen 1

Aku dan suami bergambar dengan berlatarbelakang Batu Willy

Secara keseluruhan, jika Bali punya Tanah Lot, Boracay pula punya Batu Willy. Walaupun batu ini tidaklah istimewa, tapi at least kami boleh mengabadikan kenangan di pulau ini bersama pemandangan batu yang menjadi sebutan pelancing ke negara ini.

0 comments: