Sunday, December 23, 2012

Setelah bergelar isteri

Sudah sebulan lebih status aku bertukar dari 'tunangan orang' kepada ISTERI. Satu tanggungjawab yang besar dalam menempuhi fasa baru dalam kehidupan.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan 'chemistry' sangat luarbiasa dengan suami yang sangat memahami kerjaya aku.

Aku akui, sebagai wartawan yang selalu sibuk dengan tugasan, amatlah mustahil untuk aku menyediakan segalanya untuk suami. Kadang-kadang sarapanpun tidak mampu disediakan, apatah lagi makan tengahari. Hanya makan malam masa kami kerapa bertemu.

Suami bukanlah pandai memasak, tapi kalau setakat sediakan instant drink tu dia memang rajin, dan kadang-kadang dia tolong sidai baju yang aku basuh. Kami tinggal berdua bukannya banyak sangat baju kami pun...

Setelah hampir masuk ke bulan kedua, kami mula berbicara berkenaan 'zuriat' walaupun kami tidak mengambil serius berkenaan gurauan rakan-rakan sebelum ini. Kami menyerahkan kepada Allah samada memberikan kami cahayamata ataupun tidak,

Namun, setiap kali bertemu rakan-rakan, kebanyakan soalan mereka 'sudah ada isi?', bermaksud kalau aku sudah mengandung... begitu juga di status FB aku, bila aku post status mahu makan sesuatu, mesti ada yang tanya adakah aku sudah mengidam. Ternyata segalanya tidak sama lagi seperti dahulu. Kalau dulu aku post pasal mahu makan something, pasti ramai yang like ataupun comment 'Yummy!'.

Since ramai yang bertanya pasal isi perut, aku selalu juga berfikir bilalah agaknya giliran aku mengandung, tapi bila teringat cerita rakan-rakan bertapa susahnya mengangkat perut yang memboyot, bertapa sakitnya melahirkan anak, akupun pandai panic juga.

Walau bagaimanapun, aku serahkan kepada yang maha kuasa. Kalau ada rezeki maka adalah. Kalau tiada, tidak perlulah menekan diri dengan kemurungan, nanti diri sendiri dan suami terabai.

Semoga perjalanan kami tidak diduga dengan ombak yang kuat. Moga doa keluarga dan rakan-rakan menguatkan lagi ikatan kami berdua.

Azam tahun baru, mahu gembira bersama suami :)

0 comments: