Saturday, September 01, 2012

Pesta Buku, KK

Hari ini masuk hari ke-2 Kota Kinabalu Book Festival, atau Pesta Buku KK di Suria Sabah.

Ketika perasmian oleh Menteri Pembangunan Komuniti dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Azizah Mohd Dun kemarin, aku sempat 'tawaf' untuk mencari-cari buku, tapi malangnya pilihan agak terhad kerana penyertaan tidak sampai 100 penerbit dan pengedar buku.

Banyak booth yang masih kosong, mungkin ker

Sesampai di booth Aku Lejen, aku jumpa kawan tweet aku, Sharifah, yang sedang mambantu rakannya menjaga booth.

Dia recommend aku dua buku; Awek Chuck Taylor dan Lelaki Eksistensial. Dia kata buku tu bagus, jadi akupun beli tanpa lihat siapa penulisnya. RM20 sebuah. Jadi, aku entitle untuk 1 lucky draw (RM30 untuk satu lucky draw).

Selepas beli buku tu, aku dan rakan sekerja Sandra dan Eydah buat keputusan balik ofis di Jalan Pantai, tapi singgah makan di Wisma Merdeka.

Aku order sup ikan, seperti biasa. Sementara tunggu makanan sampai, akupun tunjuklah buku baru dekat Sandra dan Eydah.

Bila aku buka salah satu buku, aku nampak nama penulis dia Nami. Eh Nami? Nami blogger The Tarik Gelas Besar tu? Ya! Memang dia. Aku tengok halaman pengenalan, memang Nami USM (nama yang aku guna kat blogroll blog wordpress aku).

Ternyata, kedua-dua buku ini memberitahu aku khabar pahit yang tidak disangka-sangka.

Buku pertama aku belek-belek, Awek Chuck Taylor. Aku buka 1st page, penulis kata Ezreen Emira kini melawan sakit kanser. What? Aku tak pernah tahu Ez menghidap kanser.

Ez adalah salah seorang lagi blogger yang aku suka. Dia kawan baik dengan Nami. Tapi sejak aku kerja di company sekarang, aku sudah jarang update blog, juga jarang blogwalking.

Lebih mengejutkan, bila aku buka buku ke-2, Lelaki EksistenSial. Second page, aku terbaca: Ezreen Emira 9 Mac 1986 - 9 June 2012. Hah? Betulkah apa yang aku nampak?

Aku lantas cari Nami di twitter sebab baru-baru ni dia pernah mention aku pasal umur Malaysia 49.

Dan ya, ternyata Ez telah meninggal dunia pada bulan Jun lepas, mengikut adiknya yang telah pergi menghadap Allah beberapa tahun lepas.

Al-Fatihah untuk Ez dan adiknya. Ternyata, hidup kita sebagai manusia ni sangat singkat...

Namun, hidup perlu diteruskan.

Arwah Ez pernah ingatkan aku, sentiasa berbangga menjadi anak Sabah, kerana tanpa Sabah dan Sarawak Malaysia tidak akan wujud. Cuma ada Tanah Melayu sahaja. "Keep wave Sabah and Sarawak flags high," katanya.

Terima kasih di atas persahabatan virtual, Ez. Moga rohmu dicucuri rahmat.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


0 comments: