Wednesday, August 29, 2012

Heatwave THE BEST!

Kasut Heatwave adalah kegemaran aku. Bukan sahaja tapaknya yang begitu kuat mencengkam tetapi juga strukturnya yang sangat flexible dan ringan dipakai.

Kedua-dua kasut di bawah adalah mangsa terbaru aku. Mereka sudah menjadi milik aku sekarang. Red Open Toe Sling Bag Pin Up Wedge (warna merah) berharga RM118, aku beli untuk hantaran kahwin nanti. Bil boleh claim dari tunang hahahaha.


Manakala flats yang berwarna hitam tersebut berharga RM88 tetapi kebetulan dalam clearance sales, aku cuma membayar RM58 untuk kasut yang selesa. Aku suka kasut ini sebab ianya kasual dan boleh dibawa kerja, tidak perlu merasa sakit kaki kerana tumitnya tidak tinggi.

Red Open Toe Sling Bag Pin Up Wedge tu pula walaupun tinggi, namun sokongan wages yang tinggi di hadapan dan belakang kaki sangat best dan sedap memakai.

Sejak beberapa tahun memakai kasut Heatwave, aku sangat puas hati dengan keselesaannya, tiada sebarang complain berkenaan kasut ini, compare to satin shoes yang aku baru beli dari Zalora. Kasut tu cantik tapi material dia sangat keras dan menyebabkan luka di belakang buku lali.

Oleh kerana aku sudah beli 2 pasang kasut, maka I shouldn't be buying shoes until Christmas. Jimat! Lagipun kasut Heatwave sangat tahan lama! Tidak percaya? Cubalah sendiri...

Outlet Heatwave di Kota Kinabalu cuma terdapat di Tingkat 1, Suria Sabah Shopping Mall.

0 comments: