Thursday, August 16, 2012

Kad Raya tradisi lama

Zaman sekolah dulu aku dan kawan-kawan suka berbalas-balas kad raya, ibarat satu kemestian untuk mengirim kad raya untuk keluarga dan rakan sekelas.

Malangnya dengan kecanggihan teknologi di masa ini kita lebih kerap menerima e-kad yang dikirim melalui email mahupun ucapan Hari Raya melalui SMS.

Bagi aku yang berjiwa di akhir 'zaman remaja' ni aku masih suka dengan tradisi lama bertukar-tukar kad. Tapi sayang aku hanya menerima beberapa kad untuk tahun ini.

Walaupun hanya 5 keping (setakat hari ini), aku tetap bersyukur dengan kiriman dari kawan-kawan yang sudi menghantar kad untuk aku.

Kalau tradisi ini tidak diteruskan, aku rasa sambutan Hari Raya tidak semeriah dulu. Ya la, kalau zaman sekolah, dinding rumah akan dilekat kad-kad raya yang beraneka warna dan bentuk... Tapi kini cuma makanan yang dihidangkan untuk tetamu.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: