Thursday, August 09, 2012

Hati-hati jadi ahli Sushi Tei

Restoran Jepun adalah antara destinasi makan yang popular di Bandaraya Kota Kinabalu, termasuklah Restoran Sushi Tei.

Namun, sekiranya anda mahu mendaftar untuk keahlian di restoran ini, pastikan anda menyimpan voucher yang diberikan kerana mereka tidak akan melayan complain anda, malah akan menyajikan dengan 'terms and conditions' yang berat sebelah.

Aku bercakap melalui pengalaman seorang pelanggan restoran tersebut yang membawa kes tidak puas hati beliau ke tribunal pengguna pada hari Rabu lalu.

Baru-baru ini Cik Chok telah menandatangani keahlian dengan Restoran Sushi Tei dengan membayar RM99 dan mendapat voucher bernilai RM120 sebagai penghargaan.

Malangnya, selang beberapa hari rumah Cik Chok telah dimasuki pencuri dan banyak barang hilang termasuklah voucher makan RM120 tersebut.

Maka, Cik Chok pun pergilah ke Restoran Sushi Tei dan menunjukkan segala laporan polis berkenaan rompakan di rumahnya dan meminta voucher yang baru kerana dia belum pernah menggunakannya.

Sungguh sedih kerana Restoran Sushi Tei mengatakan mereka tidak boleh memberikan voucher yang baru walaupun sudah membatalkan voucher yang lama supaya pencuri tidak boleh menggunakan di mana-mana cawangan restoran tersebut.

Maka Cik Chok tidak berpuas hati dan membawa kes tersebut ke tribunal pengguna. And guess what? Dia menang!

Presiden tribunal membuat kesimpulan Restoran Sushi Tei tidak akan mengalami sebarang kerugian sekiranya memberikan voucher yang baru kerana mereka masih belum menggunakannya lagi.

Malah, presiden Datuk Lawrance Thien juga berkata 'terms and conditions' yang tidak melayan pelanggan sewajarnya adalah pilih kasih dan merugilan pelanggan.

So, kalau anda mahu jadi member Sushi Tei, pastikan voucher tu simpan elok-elok. Leceh nak turun naik tribunal. Hehehehe.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: