Friday, August 24, 2012

DiGi ke tribunal pengguna

Sejak awal bulan Ogos, broadband DiGi sangatlah problem, langsung tidak dapat connect.

Keadaan berlarutan sehingga Hari Raya menjelma dan aku hanya berjaya buat connection tanpa sebarang gangguan pada 24 Ogos!

Oleh kerana terlalu geram dengan servis yang teruk, aku banyak kali buat buat 'post geram' di twitter dengan hashtag #DigiSux kerana tidak tahan dengan gangguan yang tidak pandai putus.

Aku beli broadband bukan setakat suka-suka untuk check facebook atau twitter dan blogging. Aku guna broadband untuk kerja sebab kalau setakat online suka-suka aku ada blackberry ni. Sedangkan blog pun aku post dari blackberry.

Aku telah bertanya kepada banyak pihak, samada servis terus DiGi boleh dibawa ke Tribunal Pengguna. Aku mahukan gantirugi selama lebih kurang tiga minggu terpaksa buat kerja dari Cyber Cafe, membayar puluh-puluh ringgit, sedangkan bil broadband DiGi tetap jalan.

Aku betul-betul hairan dengan syarikat telco sekarang ni, diorang tidak pernah membuat offer untuk memberikan potongan bayaran sekiranya servis tidak memuaskan.

Aku mahu lihat benda ni dibawa ke Tribunal Pengguna supaya mereka lebij bertanggungjawab.

Yalah, kalau pelanggan yang lambat bayar, ada yang dapat surat dari lawyer, ada yang dibawa naik mahkamah hanya kerana tidak membayar bil sedangkan servis diorang yang teruk!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: