Friday, August 24, 2012

501 Must-Know Speeches

Kemarin my mom balik dari KL selepas 2 minggu di sana untuk operation kecil di mata.

Paling best apabila dia bawa 1 kotak besar berisi buku-buku yang dibelinya dari Book Fair.

Dari dulu lagi, aku diajar untuk membaca buku (walaupun aku ni jenis malas) dan sampai sekarang sudah besar begini pun dia tetap belikan aku buku.

Dia belikan buku '501 Must-Know Speeches', himpunan ucapan yang menjadi tajuk utama tabloid seluruh dunia dan ucapan lama dari pahlawan dan sasterawan lama yang banyak mencambah idea, termasuk ucapan Lady Diana, Kennedy, Martin Luther King, Julius Ceaser, Barrack Obama, Bush dan ramai lagi...

Malam tadi aku sudah habiskan dalam 50 ucapan. Semuanya menarik, terutama ucapan Ratu Elizabeth pertama yang menyerahkan mahkotanya kerana penentangan daripada parlimen kerana dituduh membazir dan hidup terlalu mewah dengan menggunakan banyak hasil pendapatan negara.

Buku yang sangat menarik untuk mereka yang suka dengan percambahan idea!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: