Monday, July 02, 2012

Sakitnya Dipanggil Gemuk

Tiap kali ada family gathering, aku sering jadi mangsa ejekan makcik-makcik atau sepupu-sepupu aku. Siapa di antara kita yang tidak terasa kalau diejek di hadapan orang ramai?

Pada mulanya aku pandai merajuk dan balas dengan kata-kata kesat sebab terlalu sakit hati. Ada seorang makcik aku tu ketawakan aku, dia cakap paha aku macam drumstick. Apa lagi, aku balas la, aku cakap gini: "Daripada auntie sibuk mengejek paha aku, baik auntie jaga laki auntie tu. Pandai saja ejek orang lain tapi diri sendiri tidak terjaga sampai suami lagi".

Actually, aku langsung tidak terniat untuk berkata begitu sebab aku tidak pernah diajar bercakap kasar. Tapi, ada masanya kalau orang tu ejek kita pada masa yang salah, kita pun pandai 'mengencang' juga.

Ada lagi satu kejadian di mana sepupu 2 kali aku menyindir aku kenapa beli kereta kecil (aku drive viva elite je) nanti tayar kereta pancit sebab badan terlalu berat.

Kebetulan time tu aku period, angin agak swing. Aku balas begini: "Bagus la aku ada kereta sendiri, tidak perlu tumpang-tumpang orang macam kau".

Itu adalah antara kejadian yang tidak baik berterusan kerana akan menyebabkan hubungan kekeluargaan lebih renggang.

Ternyata bentuk badan aku yang besar banyak membuatkan aku jadi bahan ejekan, dan kalau terkena timing yang tidak betul, hubungan keluarga boleh berpecah-belah. Begitu juga dengan persahabatan.

Perluka aku mangambil pil kurus? Perlukah aku buat surgery? Akupun tidak tahu. Ramai yang cakap aku perlu gembira dengan apa yang ada. Cuma bersenam sahaja yang perlu. Kalau badan sudah begitu, apa boleh buat. Setiap insan ada keistimewaannya.

Hahahaha. Tapi betul ka? Orang yang macam aku sahaja yang tahu!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: