Tuesday, July 03, 2012

Indahnya Boracay

Tahun lepas aku dan 4 orang kawan termasuk tunang aku travel ke Manila, Philippines sekitar seminggu.

Memandangkan kami mempunyai masa yang agak terluang, kami mengambil keputusan untuk menambah kunjungan kami ke Boracay, antara pulau yang tercantik di dunia.

Boracay Island pada tahun lepas telah tersenarai sebagai pulau ke dua tercantik di dunia melalui undian atas talian di sebuah travel website terkemuka.

Memandangkan aku telah jatuh cinta dengan keindahan pulau tersebut, aku mengambil keputusan untuk ke sana buat kali ke dua selepas berkahwin nanti.

Tiga hari selepas majlis kahwin nanti, aku dan pasangan akan ke Puerto Princesa dan El Nido di Palawan Island untuk berbulan madu manakala awal tahun hadapan barulah kami akan ke Boracay untuk kali ke dua.

P/S: Terfikir untuk ke Paris, tapi cuti tidak mencukupi. Tunggulah beberapa tahun lagi, bila annual leave sudah bertambah :)


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: