Tuesday, March 27, 2012

Kahwin: Duit atau Hadiah?

Kepada bakal-bakal pengantin baru, pernahkah anda terfikir samada mahu menerima hadiah ataupun duit ketika majlis perkahwinan nanti?

Kebetulan aku beli majalah Pesona Pengantin edisi April baru-baru ini untuk mencari idea majlis aku nanti, dan terbaca artikel yang menerangkan kenapa perlunya consider untuk berikan wang kepada pengantin instead of beri hadiah.

Memang logik la sebab selepas selesai majlis, pasti ramai pasangan yang akan merasa lega sekiranya ada juga beberapa ringgit yang boleh digunakan untuk beli peralatan di rumah baru selepas melangkah ke alam 'berdua-duaan'.

Personally, aku rasa kalau beri RM10 pun sudah mencukupi kerana let say kalau tetamu ada dalam 300 orang dewasa yang menghulur RM10 seorang pun sudah ada RM3,000. Walaupun jumlah agak kecil di zaman ini tapi sekurang-kurangnya dah boleh beli beberapa keperluan dalam keluarga baru seperti vacuum cleaner, pembakar roti, DVD player, meja makan or even set comforter yang baru. Tapi kalau beli hadiah, mungkin ramai yang beri pinggan mangkuk, album, set lampu, kain, electrical goods... dan bermacam-macam barang yang mungkin sudah beli ataupun mungkin juga ramai yang bagi benda yang sama. So, dah ada pembaziran di situ.

Sebelum ni aku memang suka bagi hadiah kat kawan-kawan yang kahwin, kecuali kalau yang buat majlis kat hotel aku akan hulur at least RM50 kerana fulusnya agak tinggi, jadi aku selalu fikir sumbangan begitu akan meringankan beban... Aku rasa sudah sampai masanya kalau ada kengkawan yang kahwin di rumah pun aku akan beri wang juga kerana bukan ada bezanya pun... silap-silapbil elektrik melambung tinggi manakala air pun boleh tahan juga penggunaannya. Paling tidak pun, kita boleh sumbang sedikit kepada upah-upah katering dan adik-adik yang membantu di dapur.

Bagaimana pula dengan anda?

3 comments:

Nani said...

Setuju sgt! Dan pembahagian duit sbg hadiah terbahagi kpd dua selalunya. Yg bagi sma pengantin lain, yg bagi sma ibubapa pengantin lain lagi. So klu yg kawin tu kwn kita haruslah bg hadiah duit tu sama pengantin melainkan kwn kita yg mengahwibkan anak, maka hadiah duit bagilah sma mama bapanya.

bicara mak dara said...

masa mak kahwin dulu2 average org kasi duit masa wedding selalunya seringgit hehe berbanding dgn skrg minimum pun 10 kan.. ye la belanja kenduri dulu dan skrg pun dah banyak bezakan hehe

Mish Eyryn said...

lebih baik bagi duit.. kire macam duit kite makan laa :)