Sejak zaman sekolah aku ada kegilaan untuk membeli novel, tapi sekarang sudah berubah sedikit kerana aku menambah koleksi buku kepada bahan-bahan bacaan berbentuk ideologi.
Baru-baru ini terdapat satu book fair di 1 Borneo Hypermall, penganjur menjual novel-novel Bahasa Inggeris dari harga serendah RM3.90 sehingga RM7, dan aku menambah koleksi novel dengan membeli enam buah buku. Masalahnya, aku masih mempunyai 2 buah buku yang belum habis baca dan aku mesti habiskan buku ni semua at least dalam masa 2 bulan.
Kegilaan aku terhadap buku seolah-olah menjadi sesuatu yang negatif apabila aku kerap membeli buku tetapi tidak membacanya secepat mungkin. Aku benci sikap bertangguh aku ni!
Monday, April 02, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment