Friday, December 30, 2011

Holika Holika Face-2-Change Sheer Lipstick

Ingat lagi entry minggu lepas, aku berkongsi keinginan aku untuk membeli Holika Holika Face-2-Change Sheer Lipstick?

Yeah... hari ini impian tercapai apabila malam tadi tunang telah mengajak menonton wayang di Suria Sabah. Kami sampai dalam jam 7pm tapi movie main jam 9pm. So, aku bawa la dia ke Holika Holika outlet di tingkat 1 sebelum mengisi perut di Chicken Rice Shop. Aku tunjukkan dia lipstick yang aku maksudkan, lepas tu dia setuju untuk membeli. Hehehe best!


Kenapa aku suka lipstick Holika Holika Face-2-Change Sheer Lipstick ni? Pertama sebab warna dia yang ceria dan sekata. Kalau anda peminat warna minuman dalam tin Mirinda Strawberry melekat pada bibir, lipstick ini adalah jawapannya.

Dari kecil sampai sekarang aku suka minum Mirinda Strawberry sebab aku suka warna ceria yang melekat pada bibir seperti lipstick. Tapi kini aku boleh memiliki bibir berwarna ceria tanpa meminum terlalu banyak minuman bergas.

Sebab yang ke dua kenapa aku suka Holika Holika Face-2-Change Sheer Lipstick adalah kerana texturenya lembut dan lembab yang membuatkan bibir aku selesa dan kebasah-basahan sepanjang masa.

Paling last, aku suka casing dia yang unik dan exklusif. Sila rujuk gambar di atas, casing dia berwarna hitam dan ada lakaran wajah wanita yang melambangkan feminin. Aku belum pernah lihat casing klasik seperti ini di pasaran.

Harga Holika Holika Face-2-Change Sheer Lipstick di pasaran adalah RM46.70, agak mahal berbanding lipstick lain tapi sangat berbaloi.

Puas hati sangat dengan aset baru ni. Next item nail polish ;-)

3 comments:

Nani said...

Dari semalam lagi kali kau heboh2 Holika ni di twitter menyebabkan aku pun ingin tau. Aku rasa aku pun ada kegilaan yang sama pada lipstik dan mascara.. Harga tu aku rasa ok suda tu. Mau pigi tingula ni kalau gini.

ladymariah said...

eeee..syok bah nani.. ko pigi di kedai dia di suria, tingkat satu, sebaris dengan heatwave.

Meitzeu said...

Wow! Very pretty eh~~ :) I haven't visit that shop yet!!

mt
Meitzeu @ Facebook

Meitzeu @ Blogspot

Meitzeu @ Twitter