Saturday, December 24, 2011

Holika Hoilika kini di Suria Sabah, Kota Kinabalu

First time aku dengar pasal Holika Holika adalah dari kawan aku yang belajar di Korea (exchange students programme) awal tahun ni.

Tiba-tiba, beberapa hari lepas aku telah ditugaskan untuk buat news coverage pembukaan outlet Holika Holika pertama di Malaysia yang terletak di tingkat satu bangunan Suria Sabah, Kota Kinabalu (sebaris dengan kedai kasut kegemaranku, Heatwave).

Aku tengah belek-belek products yang ada dalam kedai.

Oleh kerana masa yang terhad (ada kawan ajak lunch kari kepala ikan di Krishna Millennium, Penampang) aku cuma sempat try beberapa products. Aku paling suka nail polish dan Holika Holika Face-2-Change Sheer Lipstick. Nail polish dia sangat senang apply dengan sekali sapu, manakala lipstick dia sangat lembut dan melembabkan bibir.

Budget agak ketat, so aku kena tunggu pay day hujung bulan ni. Aku memang akan beli lipstick tu. Bukan sahaja texture dia yang bagus, casing dia juga sangat exclusive! Harga RM46.70 sebatang. Eeeee... tak sabar!

Menarik kan?
Exclusive casing Holika Holika Face-2-Change Sheer Lipstick

Dari apa yang aku tahu pasal Holika Holika ni, product paling laku adalah Magic Pole Mascara. Mascara ni sangat unik, aku baru first time nampak berus mascara ada bulatan di hujung. BIla try pakai, ternyata bentuknya akan memudahkan kita menyapu di keseluruhan bahagian bulu mata. WAJIB TRY!

Magic Pole Mascara

Sesiapa yang sudah try products dari Holika Holika, jangan lupa kongsi review ya... Hujung bulan saya akan buat review pasal lipstick dan nail polish :-)

The Borneo Paper Cutting

0 comments: