Tuesday, September 13, 2011

Review Movie Nasi Lemak 2.0

Terima kasih kepada Namewee, pengarah movie Nasi Lemak 2.0 kerana ‘belanja’ beberapa orang wartawan di Kota Kinabalu termasuk, aku menonton movie yang telah lama ditunggu-tunggu selepas pengumuman filem ini beberapa bulan lepas.

Mendengar daripada desas desus dari kawan-kawan di KL yang memuji filem ni, aku yakin mesti ada sesuatu yang tersirat dalam karya beliau kerana bukan sahaja Adibah Noor dan Afdlin Shauki sebagai bintang Melayu yang terkenal di Malaysia malah David Arumugam dan Reshmonu, celebriti senior tanah air juga membintangi watak dalam movie istemewa ini.

Jika anda pernah menonton filem arwah Yasmin Ahmad dan meminatinya, Nasi Lemak 2.0 adalah filem yang WAJIB TONTON kerana Namewee telah membangkitkan semangat ‘kesatuan’ dan perpaduan yang telah diserapkan oleh mendiang kepada rakyat Malaysia.

Namun, sekiranya anda tidak mengikuti perkembangan politik dan isu-isu semasa di Malaysia, anda akan tafsirkan filem Nasi Lemak 2.0 ini sebagai filem komedi semata-mata.

Bagi aku, setiap saat dan pergerakan tubuh badan mahupun skrip yang Namewee buat selama 2 tahun ini berkait rapat dengan setiap inci perkembangan negara kita.

Background yang dipilih juga memberi makna tertentu, contohnya terdapat signboard ‘dilarang membuang sampah’ tetapi sampah bertaburan di kawasan tersebut.

Selain daripada itu, bekalan elektrik yang kerap putus-putus juga dimasukkan dalam beberapa babak, jelas menyindir kualiti perkhidmatan keperluan asas di negara ini.

Setiap butir ayat yang diperkatakan juga sangat ‘pedas’ dan ‘menyindir tajam’, contohnya ‘Orang Cina tolong orang Cina’, ‘Lu balik Negara Cila la’ dan banyak lagi quotes yang sangat familiar (sekiranya anda mengikuti perkembangan negara, bukan melalui RTM atau TV3 sahaja).

Secara jujurnya, aku sangat terharu dengan kemunculan movie Nasi Lemak 2.0 ini kerana selagi kita memberikan sokongan kepada Namewee untuk berkarya, pastinya dia akan terus keluar dengan lebih banyak movie seperti ini selepas ini.

Lantaklah kalau ada sesetengah pihak yang pendek akal ingin memboikot filem ini atas alasan penghasilan video klip Negarakuku yang pernah menjadi ‘tamparan hebat’ kepada pemerintah negara ini. Diorang tu bukannya pernah nampakpun video klip tu tapi terus-terus memaki hamun beliau sebab terikut-ikut dengan kata-kata orang lain. Alah… begitulah kelas kebanyakan rakyat Malaysia, suka sangat dengar cakap orang, diri sendiri yang berdosa sebab percaya fitnah dan siap tabur fitnah lagi. Huhuhuhu…

Movie Nasi Lemak 2.0 tidak sesuai untuk mereka yang kurang akal dan berfikiran tertutup.

Kepada mereka yang suka membangga-banggakan bangsa sendiri pula perlu tonton wayang ni sebab impaknya sangat mendalam. Tidak perlulah rasist (bersifat perkauman) sangat sebab tiada maknanya terlalu bangga dengan satu bangsa sahaja kalau mahu terus duduk di Malaysia. Paling senang, kalau keluar dari rumah, cuba toleh kiri dan kanan, semuanya dari bangsa berlainan tapi kita duduk dalam sebuan negara yang sama. Jadi tiada guna bermusuh-musuh. Buang masa je!

Oh ya, kalau anda adalah salah seorang yang suka guna Bahasa Inggeris dengan tunggang tebalik, movie ini akan memberikan tamparan hebat. Hahahahaha. Terdapat karakter istimewa dalam cerita ini yang menggunakan bad command of English dalam percakapan harian. Lawak nak mampos! Pengajaran untuk kita supaya gunalah Bahasa Malaysia atau bahasa ibunda kalau tidak pandai Berbahasa Inggeris kerana semua orang pun faham :D

Seteruk manapun orang kita, Malaysia adalah negara yang indah untuk didiami, cuma perlukan perubahan yang sangat besar.

Kalau anda sekarang berada di luar negara, lagu soundtrack Rasa Sayang dalam movie ini akan membuatkan anda ingin balik kampung dan makan nasi lemak. Hahahahaha. Kotoh! Siapa suruh migrate jauh-jauh.

Selepas tengok movie, aku berkesempatan lepak untuk press conference dengan Namewee bersama rakan media lain dan tanya beberapa soalan. Dia cakap tajuk Nasi Lemak 2.0 tiada kena mengena dengan Bersih 2.0 kerana dia cipta skrip dua tahun lepas. Nasi lemak banyak campurannya, maka begitu juga dengan masyarakat majmuk negara kita. Manakala 2.0 membawa maksud generasi baru, generasi kita yang dapat menerima antara satu sama lain.

So, kalau korang taknak tengok movie ni sebab takut ada kaitan dengan Bersih ka, Negarakuku ka, baik hempas kepala kat dinding. Jangan ikut sangat bodoh tu, cuba dulu baru tahu. Sedap I tell you…. Hehehee.

Aku tabik spring kat Namewee kerana berani bawa movie ni ke tengah. Harapan aku supaya hang terus berkarya untuk masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. Jangan pula menteri dah puji dan beri ‘jalan’, you terus berat sebelah. Hehehe.

All the best, bro! Nasi Lemak 2.0 layak mendapat 5/5 bintang untuk mesej yang sangat bermakna! Aku sangat merindui karya Yasmin Ahmad (al-Fatihah) dan Namewee telah mengubatinya.

P/S: Aku ada join game sebelum special screening di GSC 1 Borneo Hypermall tapi tak menang. Cuma dapat poster je… Hehehehe.

2 comments:

Najwa Not Nadrah said...

wow...macam bestlah... =)
Adalah kawan saya kata movie nasi lemak 2.0 ni macam tak best je...
Lepas baca review... saya rasa ...saya wajib tengok ! =D

ladymariah said...

kalau tak tahu perkembangan isu semasa dan tak ambil tahu perkembangan negara, i gerenti takkan paham. thats whay tak rasa best :D