Bukan semua wanita dilahirkan dengan kulit yang cantik, tapi pelbagai kosmetik di pasaran sekarang boleh membantu menutup cela kulit muka kita jika kena dengan formula yang betul.
Jika sebelum ni aku ada perkenalkan jenama Kate, sebagai foundation dan compact powder yang sangat sesuai untuk kulit, hari ini aku ingin berkongsi produk baru The Body Shop yang dipanggil Extra Virgin Minerals.
Ini adalah koleksi mineral pertama dari The Body Shop. Oleh kerana aku tinggal di Kota Kinabalu (Sabah), maka harga barang agak tinggi beberapa peratus berbanding barangan dari KL.
Ketiga-tiga koleksi, liquid foundation berharga RM89.90, cream compact foundation RM99.90 dan loose powder foundation ialah RM89.90.Harganya agak mahal bagi mereka yang berpendapatan agak rendah tetapi 'magic' yang dibuat dengan ketiga-tiga tools ini sangat menakjubkan!
Kalau mahu mengetahui lebih jelas, datanglah ke kedai The Body Shop terdekat dan ambil kesempatan untuk mencuba 'tester' yang disediakan.
Mulanya anda mungkin akan sedikit takut kerana jika anda menyentuhnya, teksturnya agak berminyak tapi apabila anda menyapunya ke muka, keadaan ini tidak lama, malah ia akan sebati dengan kulit dalam masa 5 ke 10 minit. Hasilnya sangat memuaskan.
Oh ya, kalau anda jenis yang tak suka makeup tebal-tebal, anda boleh beli cream compact foundation dan loose powder foundation sahaja kerana liquid foundation lebih kepada solekan tebal dan untuk menghadiri function kerana ianya lebih pekat.
Selamat mencuba!
Thursday, September 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
should try this.
Post a Comment