Terdapat lebih dari 16 juadah baharu yang disenaraikan termasuk hidangan kegemaran ala-barat, sandwich dan hidangan berasaskan nasi.
Hidangan kegemaran ala-barat terdiri dari Lime Pepper Chicken Chop, Italian Herb Chicken Chop dan Chicken Lamb Sausages.
Hidangan nasi terdiri dari Tempura Prawn Garlic Rice, Grilled Chicken Baked Rice dan Cheese Baked Rice.
Menurut wakil jualan Pizza Hut di Sabah, menu baru tersebut merupakan sebahagian dari strategi pertumbuhan dalam usaha pengukuhan rangakaian
produk mereka, dan dari masa ke semasa Pizza Hut akan terus menambah produk baru
dengan mengutamakan kepuasan pelanggan.
Aku berkesempatan untuk menghadirkan diri ketika pelancaran menu tersebut, dan sempat merasa beberapa menu baru.
Khabarnya Pizza
Hut membelanjakan lebih RM2 juta dalam pengiklanan dan promosi bagi
pelancarannya termasuk iklan di TV dan bercetak, promosi di dalam
restoran dan melalui pelbagai laman media sosial.
Pizza
Hut adalah rantaian restoran piza terbesar di negara dengan lebih 200
buah restoran yang menawarkan khidmat makan di dalam restoran, untuk
dibawa pulang, perkhidmatan penghantaran dan pesanan secara online.
Gambar di atas adalah antara hidangan dalam menu baru Pizz Hut. Aku rasa menu kali ni adalah wajib cuba sebab terdapat banyak kelainan. Bukan apa. Pizza Hut kena tambah variasi begini kerana Dominoi's Pizza akan masuk Sabah tahun depan, so kalau Pizza Hut tidak pelbagaikan menu, maka agak sukarlah untuk bertahan.
Pandapat aku, menu baru ini banyak pilihan dan rasanya pun boleh tahan!
0 comments:
Post a Comment