Friday, July 20, 2012

TBS: Destinasi Hantaran

Memandangkan majlis aku akan berlangsung pada bulan November tahun ini, aku telah meninjau-ninjau barang hantaran untuk bakal suami.

Salah satu destinasi yang 'wajib' untuk mencari barangan yang menarik adalah The Body Shop.

Terdapat banyak pilihan dari wangian sehinggalah barangan mandian dan penjagaan kulit.

Oleh kerana aku pernah ditaja oleh Holika Holika menyaksikan konsert CN Blue di Bangkok awal tahun ini, maka aku juga akan mencari beberapa barangan di gedung kecantikan yang berasal dari Korea ini.

Aku sangat suka dengan produk-produk penjagaan kulit yang menjadi kebanggaan masyarakat Korea ini.

Kalau anda mencari barang-barang hantaran untuk perkahwinan atau hadiah pertunangan, The Body Shop dan Holika Holika adalah jenama berkualiti yang aku recommend.

Outlet The Body Shop boleh didapati di kebanyakan shopping mall seluruh Sabah, manakala Holika Holika hanya terdapat di Suria Sabah shopping mall dan Brunei.

Memandangkan Syawal bakal menjelma, produk kecantikan dari jenama ini juga sangat sesuai untuk hadiah.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: