Wednesday, July 04, 2012

Rezeki Cahaya Mata

Tahniah tidak terhingga kepada Lester J. Bingkasan di atas kelahiran cahaya mata beliau yang ke dua sebentar tadi.

Sejak awal pagi dia dah update di whatsapp group, isteri dia DD telah ditahan di hospital, kami menjangkakan masanya untuk bersalin sudah tiba.

Walaupun kelahiran awal 10 hari tapi DD dan baby girl sihat. Alhamdullilah...

Kalau bercakap pasal rezeki cahaya mata ni memang susah mau predict. Salah seorang auntie aku sudah berapa lama kahwin tapi masih belum ada anak, manakala ada juga pasangan macam kawan aku ni sudah lama berkahwin baru ada rezeki. Lepas tu tidak berapa lama mengandung pula buat kali ke dua. Dan kini dia selamat melahirkan seorang puteri.

Kita tidak tahu rencana Allah bagaimana. Hanya harapan yang tidak putus-putus perlu dipanjatkan kepada pencipta kita kerana dialah yang mengetahui segala-galanya...



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: