Monday, July 02, 2012

Misiku di Pulau Mabul

 Aku jarang sekali kongsikan aktiviti traveling aku di blog ini kerana semua kisah suka duka aku mengembara aku coretkan di blog Lady Mariah the Part-Time Traveler dalam bahasa Inggeris. Bukan apa, aku mahu meluaskan gaya penulisan dan ingin belajar dari kesilapan.

Bulan lepas, 13 sampai 17 June aku dan dua lafi rakan baikku telah ke mabul untuk bercuti. Aku tempah tiket melalui Airasia sebelum Pesta Kaamatan kerana aku mempunyai misi iaitu untuk menderma pakaian baru dan terpakai kepada anak-anak laut yang tidak mempunyai baju di pulau tersebut.

Aku ada post hasrat aku di blog, dan beberapa individu baik hati telah menderma, termasuk The Body Shop Cawangan Sabah/ Labuan yang menderma 3 kotak saiz sederhana pakaian terpakai yang masih elok.

Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, kotak seberat 40kg dan backpack aku 20kg berjaya sampai ke Pulau Mabul dan aku telah dibantu oleh staf-staf dari Scuba Jeff untuk mengangkat dan mengedarkan baju-baju tersebut.

Misi kemanusiaan ini adalah misi peribadi yang kedua aku buat selepas menderma alat-alat tulis untuk anak-anak yatim di Siem Reap, Cambodia.

Aku akui, traveling adalah aktiviti yang fun untuk dilakukan tapi ia lebih bermakna jika diisi dengan aktivit kemasyarakatan. Semoga ramai lagi traveler yang dibukakan hati untuk berbuat perkara yang sama :)

MISI KEMANUSIAAN LADY MARIAH:
1. Mabul Island With Love
2. A visit to an orphanage in Siem Reap, Cambodia

0 comments: