Monday, July 02, 2012

Aku dan Baju Plus Size

Semenjak beberapa tahun ni aku sangat susah mencari pakaian kerana badan agak 'mengembang' dan agak sukar untuk mendapat saiz yang sesuai dan sopan.

Antara pilihan yang aku buat adalah membeli pakaian melalui online shop, dan Jessabella Plus Size Stealz adalah salah satu blog kegemaran aku. Terdapat beberapa pakaian yang aku beli dari blog ini.

Kadang-kadang koleksi Jess ni sangat cantik dan kadang-kadang tidak 'ngam' dengan citarasa aku. Tapi bagus juga kalau tak selalu 'ngam' di hati aku, takut pula kalau asyik shopping je kerja kan?

Hari ini aku shopping 2 barang dari internet. Siang tadi aku beli sepasang kasut (flat) dari Zalora dan baru sebentar tadi aku beli jaket dari Jessabella.
Cantik kan yang color mustard tu? Aku dah order, tengah tunggu reply dari Jess je sekarang ni. Harga dia RM50, aku rasa jaket ni worth untuk dibeli sebab aku boleh pakai untuk pergi kerja. Aku boleh pakai singlet hitam di dalam bersama skirt atau seluar hitam.

Since aku beli flat dari Zalora tu warna dia kuning, aku rasa combination warna sudah cukup bagus.

Oh can't wait!

2 comments:

Jαnnαhツ said...

hye sy pun suker shoping. td baru jengah2 zalora tengok bag. huhu.

Pnida said...

salam, sis leh tgk koleksi kami di HEARTY WOLRD COLLECTION di FB, kami ade menyediakan pelbagai design baju plus size yg sesuai utk para muslimah, sopan dan trendy..tq..:)