Friday, July 20, 2012

Buku: Islam Dan Melayu

Terima kasih kepada sahabatku, Najwan yang telah menghadiahkan buku yang memberikan idea-idea menarik untuk dikupas dan difikirkan, bertajuk ISLAM DAN MELAYU: Martabat Umat dan Daulat Rakyat.

Aku belum habis membaca buku ini tapi membuka mukasurat pendahuluan sudahpun membuat aku teruja dengan isi kandungannya.

Penulis, ilmuan tersohor Dato' Dr. Siddiq Fadzil membuka mata pembaca bahawa perjuangan pemberdayaan bangsa harus berpaksikan pada konsep al-'izzah, kurnia keunggulan dari Allah kepada umat yang memenuhi syarat setulenan iman.

Menurut sinopsis, membina keunggulan bangsa bukan dengan membangun gedung pancakar langit dan berbelanja besar membeli 'the ornament of success'. Katanya, yang harus dibangun adalah sikap dan semangat ingin menjadi bangsa yang mulia dan bermaruah.

Dalam kaitan inilah penulis mengungkapkan keprihatinannya terhadap gejala keleluasan menginjak-injak maruah manusia dan mengaibkan saudara sebangsa dan seagama.

Memelihara maruah dan menjaga air muka adalah nilai teras budaya Melayu Islam. Ternyata bangsa ini sedang mengalami krisis nilai yang amat mencemaskan. Andainya nilai maruah tidak segera dipugar dan disegarkan, bangsa ini seluruhnya akan menjadi hina, menepati madah hikmah kepujanggaan bangsa: apabila penguasa mengaibkan warga, alamat negerinya akan binasa.

Kalau anda mempunyai 'desire' untuk mempunyai kesedaran tentang maruah sebagai asas kebangkitan bagsa yang bermatabat, anda boleh membeli buku ini pada harga sekitar RM20.

Not sure kalau Sabah sudah ada jual buku ini tapi anda boleh beli secara online dari www.arasmega.com

Kepada yang sudah beli, selamat membaca! ;-)



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: