Friday, July 27, 2012

Bawa HP ke sekolah?

Pada pendapat saya, cadangan menteri pendidikan untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ketika ke sekolah adalah tidak wajar.

Kenapa pula aku boleh cakap begitu?

1. Kawan aku yang bertugas sebagai guru kerap beritahu aku diorang selalu tangkap telefon pelajar kerana sengaja menghidupkannya ketika guru sedang mengajar. Mereka juga menjumpai banyak SMS berunsur cinta-cinta dan lucah masih disimpan dalam inbox. Jadi, perkara ini jelas menunjukkan pelajar yang tidak mempunyai disiplin dan kematangan yang tinggi akan mudah layu dengan kata-kata cinta yang mudah untuk disampaikan pada zaman yang serba canggih ni. Kalau dulu nak check email pun kena bayar RM3 untuk sejam, bukan selalu dapat dating jadi kuranglah gejala sosial berbanding dengan zaman maklumat hujung jari ketika ini.

2. Selain daripada masalah itu, budaya menunjuk-nunjuk akan terpupuk di sekolah kerana gadget adalah salah satu kegilaan anak muda zaman sekarang. Sekiranya mereka diberi keizinan untuk membawa telefon bimbit, pastinya anak orang kaya yang punya telefon canggih akan menyebabkan pelajar lain cemburu. Pernahkah anda mendengar seorang pelajar sanggup menjual diri hanya kerana mahukan smartphone? Tragis, kan?

3. Selain daripada itu, telefon bimbit yang canggih juga akan dijadikan alat untuk merakam aksi yang tidak sepatutnya. Kalau anda masih ingat ada pelajar yg merakam pelajar lelaki merogol pelajar perempuan sekitar pertengahan tahun lepas. Aduh, menyedihkan...

So, terdapat banyak keburukan berbanding kebaikan dengan tindakan membenarkan membawa 'gadget' di sekolah ni.

Apa pula kata anda?




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: