Sunday, May 20, 2012

Unduk Ngadau dan Lipstick

 Unduk Ngadau adalah sinonim dengan Pesta Kaamatan di Sabah, dan sudah menjadi kebiasaan kita melihat pertandingan ratu cantik ini setahun sekali sebagai acara rasmi pesta menuai.

Setiap tahun, kita akan melihat gadis-gadis cantik dihias dengan pakaian tradisi dan mekap mengikut warna sesuai, kemudian hampir kesemuanya akan mengenakan lipstick merah untuk menaikkan seri di wajah.

Hari ini, aku ingin memperkenalkan SHINE ATTRACT LIPSTICK dari Avon yang aku rasa sangat sesuai digunakan untuk acara Unduk Ngadau. Kenapa? Kerana warnanya yang bukan sahaja menyerlah tetapi menyinar dan sekaligus melembab.

Bibir bukan sahaja berkilau, malah warna tahan lama dan kemasan sangat sempurna. Semua wanita pasti percaya, lipstick yang hebat  untuk dipadan adalah berpelembap, penuh kilauan dan disirami dengan rona warna yang menambat hati tatkala mengolesnya.

Kini, Avon membongkar rahsia untuk miliki bibir berkilau hangat menggoda. Shine Attract Lipstick ini mempunyai 10 warna pilihan yang mana merupakan lipstick  pertama di dunia dengan gel luaran berpelembap dan berkilau serta teras berwarna yang menarik.

Satu gabungan penemuan warna menawan dan kilauan sempurna yang memberikan kelembapan dan kilauan warna yang seimbang pada bibirmu. Dirumus dengan rumusan gel berhidrat tinggi, ia membuatkan bibir tidak lagi rasa melekit, malah sentiasa basah melembap tatkala sapuan dilayangkan pada bibir.

Kalau tidak menyertai pertandingan ratu cantik pun, lipstick ini sangan 'best' kerana pigmen warnanya dilapisi tekstur gel ringan, agar warnanya melekap cantik pada bibir. Ia adalah satu lipstick yang lengkap pakejnya untuk membiaskan percikan glamour dan menawan kepada wanita.

Diperkaya dengan kebaikan Vitamin A, E dan kandungan SPF 15 yang memberikan perlindungan dari sinaran matahari seterusnya menyempurnakan bibir agar lebih sihat dan segar dipandang, sekaligus menjadikan bibir kelihatan dan rasa hebat sepanjang hari.

Anda boleh miliki Shine Attract Lipstick pada harhaRM32.10 untuk Sabah dan Sarawak.


0 comments: