Wednesday, May 09, 2012

Jay Park ke Kota Kinabalu

Aku ada 10 keping tiket 'free standing' untuk konsert promo Jay Park hari Sabtu ini. Belum sampai pukul 5pm, 5 keping sudah beralih tangan, satu tiket kena booking dan another 4 keping tiket untuk kawan-kawan yang sanggup berdiri sambil jerit-jerit. Bagitau aku kalau ada yang mahu.

Aku akan berada di barisan tempat duduk VIP, tidak perlu bersesak-sesak sebab aku akan membuat liputan pada malam 12 May di Gourmet Lane, 1 Borneo Hypermall.

Bagaimana aku dapat tiket tu? Sebab tadi aku buat liputan untuk sidang akhbar berkenaan konsert promo ni. So, 1Borneo dengan berbaik hati telah menderma 10 keping tiket... Actually memang hebat 1Borneo ni sanggup bawa international artists datang Sabah. Last year, diorang bawa Greyson Chance. Minggu ni bawa Jay Park. Bulan depan,diorang akan bawa Pixie Lott pula datang KK.

Aku dengar belanja untuk bawa Jay Park ni memakan belanja ratusan ribu. Tapi kalau mahu datang konsert ni oun bukan alang-alang. Member untuk Platinum Prestige atau Trendy card perlu berbelanja RM200 dan ke atas dalam satu resit di salah satu kedai di dalam 1Borneo yang menyertai promosi ini.

Manakala, macam aku yang bukan member dalam 1Borneo ni kenalah beli RM300 dan ke atas untuk satu resit di salah satu kedai di 1Borneo untuk mendapatkan dua tiket free standing.

Oh ya, jangan lupa ya, kalau masuk dalam kawasan konsert nanti, tidak boleh bawa masuk kamera DSLR kerana syarikat hiburan Korea sangat tegas dalam hal begini. Mereka tidak mahu orang lain mendapat untung melalui cetak rompak. So, kalau setakat compact camera tu lepas la. Kalau tidak, terpaksa la tinggalkan di luar... Hanya media yang diberikan pass khas sahaja  boleh merakam gambar.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila call 088-844089

0 comments: