Monday, April 02, 2012

Kebaikan Menabung

Menabung adalah salah satu cara untuk mengelakkan diri kita terjerumus dari lembah 'kepokaian', dan aku sangat percaya pada itu.

Sejak di zaman sekolah aku selalu mengorek tabung aku untuk beli something, especially kalau ada aktiviti tengok wayang, tengok konsert atau beli majalah. Ya, beli majalah! Hahahaha. Alah, masa tu masih belum pandai fikir, of course la majalah tu adalah salah satu godaan yang tidak dapat dielakkan.

Apabila sudah berumur dan bekerja ini, aku agak serius dalam menabung. Selain daripada simpanan tetap ASB, aku masih mempunyai tabung di rumah. Setiap hari kalau ada syiling lebih dalam purse, aku akan masukkan dalam tabung. Kalau mood aku baik, aku akan masukkan juga duit kertas...

Kemarin bila aku buka tabung yang sudah penuh, aku kira-kira semuanya berjumlah dalam RM600. Wow... tidak sangka jumlahnya boleh sampai sebanyak itu. Bolehlah aku beli vacuum cleaner baru hehehehe.

0 comments: