Saturday, February 18, 2012

Gel Eyeliner dari Holika Holika

Hari ni aku ada ke kedai Holika Holika, Suria Sabah untuk redeem voucher RM100. Aku beli perfume berharga RM102.80. Sedap gila wangi dia, very refreshing. Sila rujuk entry Holi Holi Magic Drop dari Holika Holika untuk review.

Apa yang aku mau kongsi kali ni ialah gel eyeliner dia yang sangat menarik minat aku. Beauty consultant, June, telah apply eyeliner ke mata aku. Lihatlah gambar di atas, ia membawa kesan yang terus-menerus. Mata nampak besar dan menonjol.

Bulan depan aku akan pastikan aku beli gel eyeliner tu. Harga dalam RM47.90 lebih begitu... Water proof. June pakaikan aku pada jam 12 tengahari, dan sekarang sudah pukul 7.01pm masih lagi sempurna di mata aku. WAJIB DIMILIKI!

0 comments: