Monday, November 14, 2011

Gary Valenciano membawa Ayu ke Kota Kinabalu


Ikon pop Filipina, Gary Valenciano ataupun Gary V baru-baru ini datang ke Kota Kinabalu (sebelum meneruskan promosi albumnya ke Kuala Lumpur keesokan harinya).

Aku yang langsung tidak mengenali individu ini bergerak ke Hotel Hyatt untuk sesi sidang media tanpa sebarang study kerana assignment tersebut aku dapat secara 'last minute'.

Setelah sampai ke Club House, aku mengambil tempat sambil buka handphone, search pasal Gary V sebelum sesi interview. OMG! Aku terkejut beruk sebab nampak profile dia dalam internet. Gary V adalah nama besar dalam industri hiburan di Filipina.

Gary ni ibarat living legend, macam Shiela Majid dan Siti Nurhaliza di Malaysia. Kecut perut juga aku bila nampak profile dia macam tu. Tapi aku yakinkan diri, sesi sidang akhbar akan berjalan lancar.

Tiba masanya Gary V sampai, dia terus duduk di tepi aku, memperkenalkan dirinya dan begitu ramah serta humble menceritakan tentang promosi albumnya yang diselitkan satu lagu Melayu berjudul 'Ayu'. Sedap lagu tu, sebutannya juga sangat bagus...

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Gary V, semoga berjaya menembusi pasaran muzik Malaysia. Tahniah kerana melebarkan sayap ke negara ini. Terima kasih kerana memberikan CD dan minyak wangi jenamanya...



0 comments: