Wednesday, August 03, 2011

Sahabat selepas 9 tahun...

Ramai orang cakap sahabat adalah insan-insan yang berada di sisi kita ketika suka dan duka.

Tidak ramai yang punya sahabat yang setia sampai mati, namun ramai juga yang sanggup bersahabat tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan.

Dulu, aku pernah berjumpa seorang sahabat yang aku dah anggap macam adik aku. Aku panggil dia 'Kecik' sebab memang badan dia kecik. Kami jumpa 9 tahun lepas dalam satu program anjuran TLDM, Tunas Samudera. Aku dari Sabah dan dia dari Sarawak.

Oleh kerana aku sibuk study selepas habis STPM, aku lost contact dengan dia. Dia pernah contact fon rumah aku kat Sabah tapi time tu aku kat KL. Mak aku pula lupa minta phone number. Seriously, ada satu ketika tu aku rindu sangat kat dia. Aku dah macam anggap dia macam adik aku tau... Pernah tak korang rasa macam tu?

Beberapa bulan lepas, kitorang jumpa kat FB. Happy giler dapat jumpa walaupun cuma dalam 'laman muka buku'. At least, boleh update pasal kerjaya masing-masing.

Hari ni, kebetulan ada function yang melibatkan VVIP. Aku duduk kat belakang sambil mendengar ucapan (dah memang itu kerja aku...) tiba-tiba aku nampak macam muka si Kecik. OMG! Itu Kecik laaaaa.... Bila aku tengok kat atas pentas salah sorang kat atas pentas tu memang 'Boss' dia tapi tak pulak bagitau dia datang Sabah. Arghhhh....

Aku terus datang dekat and terus tegur. She was soooo exctied and happy. Aku peluk dia. Oh gila, dah 9 tahun tak jumpa rindu giler... Hari ini adalah salah satu hari kegemaran aku dalam tahun ni.

Walaupun tak sempat ucap selamat tinggal sebab dia busy dan akupun kena balik ofis secepat mungkin, tapi aku puas hati dapat jumpa dia.

Moga Kecik akan berjaya dalam kerjaya...
Aku dan Kecik (kanan) berjumpa selepas 9 tahun.

Inilah kami, 9 tahun lalu... Hehehehe.

1 comments:

tiefazatie said...

wah..best tue kan sis..sweetnyaa...=)