Friday, August 19, 2011

Rohead, kuatkan semangatmu...

Nama dia Rohead Nik Dominic kini berumur 15 tahun. First time aku jumpa dia pada tahun 2009 ketika dia berumur 13 tahun apabila membuat coverage untuk Children's Wish Society of Malaysia (CWS) yang menunaikan permintaannya untuk memiliki sebuah alat permainan Sony PSP.

Rohead menghidap Thallasaemia. Sudah bertahun-tahun ibunya Justina berulang alik dari Kota Marudu ke Hospital Likas (3 jam perjalanan dengan bas atau ambulan), manakala dari tahun lepas Rohead berada di rumah cuma beberapa hari sahaja kerana keadaanya yang perlukan rawatan sepanjang masa di hospital.

Rohed berada di Hospital Likas most of the time ditemani ibunya.

Hari ini, aku menghubungi ibu Rohead bertanyakan keadaan anak yang utuh semangatnya ini. Rupanya mereka sedang menunggu ambulan kerana doktor sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Rohead sudah tiga hari tidak menjamah makanan. Kemarin dia koma. Aku patah hati mendengar khabar sedih ini.

Aku mendoakan yang terbaik untuk Rohead. Moga kesakitannya tidak lagi berpanjangan... Kasihanilah dia ya Allah...

4 comments:

cik Ida said...

semoga adik cepat sembuh.. huhuhuhuhu.. saya pon orang kota marudu juga..

tiefazatie said...

moga cpt sembuh ya dear..

tiefazatie said...

btw sis..dh dpt ke email yg ifa anta yg sis mintak haritue?

ladymariah said...

cik ida... adik Rohead dah meninggal dunia pada hari Sabtu lepas...

tiefazatie... nanti i will postkan untuk u. so sorry terlambat la pulak...