Tuesday, August 02, 2011

Marsha Milan Londoh- Yang Pertama

Actually bukan selalu kita nampak Marsha ni menyanyi sekarang kan? Kalau tengok TV, banyak drama yang dia berlakon. Tahniah kepada anak Sabah sorang ni.

Selepas kira-kira 6 tahun menjadi artis (after AF), marsha kini boleh berbangga dengan hasil titik peluhnya mengeluarkan album pertamanya yang bertajuk, Yang Pertama.

Banyak sangat gossip pasal sumandak ni. Ada ramai yang cakap dia dah sombong, ada juga yang cakap dia makin naik kepala... tapi apa yang pasti Marsha still ok pada penglihatan aku. Tiada pula sombong-sombong...

Dua hari lepas dia datang ofis untuk press conference sebab jadi pengadil untuk Carlsberg Idol, pencarian bakat penyanyi di Sabah adan Sarawak. Dia datang berbaju kuning, favorite color aku. Cantik sangat.. cuma agak kurus la sekarang... dia cakap sibuk sangat shooting sampai 24 jam sehari.

Kesian juga dengar rungutan dia, terutama terpaksa mencium bau busuk latex time shooting untuk drama Hantu Kum-Kum tapi untuk meneruskan perjalanan anak seni, pasti itulah pengorbanan yang patut diberikan. Berpenat lelah untuk mencari rezeki...

Walau apapun, semoga Marsha sentiasa suksess dan rezeki makin bertambah...

0 comments: