Friday, July 22, 2011

Poyo VS Minta Puji

Rakan-rakan yang berasal dari Semenanjung Malaysia mesti selalu dengar perkataan POYO kan?

Perkataan poyo tidak terdapat di dalam Kamus Dewan dan setakat ini belum ada sebarang kajian akan asal-usulnya. Poyo juga belum mempunyai takrifan khusus dan tepat. Ia lebih kepada perkataan yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu tidak menyukai sifat tertentu atau kelakuan seseorang individu.

Namun begitu, berdasarkan penggunaannya, ia boleh dikatakan bermaksud berikut:

  • Seorang yang berlagak, merasakan diri bagus, dan suka temberang.
- Sumber dari Malaysia Wikipedia



However, kat Sabah kitorang tak guna perkataan POYO tetapi MINTA PUJI atau dengan bahasa yang lebih dalam dan advance "MOKIRAYOU".

Untuk Sabahan, MINTA PUJI atau MOKIRAYOU ni bermaksud seorang yang berlagak, merasakan diri bagus dan suka temberang, bersamaan erti dengan POYO. So, kalau ada blogger yang menggunakan kedua-dua perkataan ni, mereka mungkin Sabahans ataupun pernah tinggal kat Sabah dalam masa yang lama.

Sekian kelas bahasa untuk hari ini ;-)

2 comments:

Anonymous said...

hihi. ohh i see. baru tau ni:DD

ladymariah said...

hehehe ok jugak kan ada segmen bahasa ni...