Thursday, July 21, 2011

3rd GA Mummy Danny (CONTEST)

Salam...

A dapat tahu pasal contest 3rd GA Mummy Danny ni dari rakan blogger yang bernama Cik Suzlin, so aku join sekadar nak cuba nasib la... Manatau kalau ada rezeki kan...

Gambar aku dengan kebaya di sebelah ni time Raya Aidilfitri 2008 kat kampung di Sabah. Kotorang sambut dengan sedara aku yang muslim, ye la kitorang kat Negeri di Bawah Bayu ni hidup dalam masyarakat majmuk. Kitorang berbeza kaum dan agama tapi menyambut perayaan bersama-sama.

Aku sangat suka kebaya hitam ni tapi sekarang baju ni dah ketat so tak berani pakai. Heheheehe.

Aku ingat lagi time raya tahun tu aku ada buat kek batik untuk tetamu, ye la... kek tu je la yang paling simple. Tak sampai 2 jam pun nak buat.

So, sesuailah dengan syarat yang diberikan untuk masuk contest ni di mana peserta kena berikan resepi kuih raya yang simple.

Jom belajar buat kek batik. Semua beginner yang nak belajar buat biskut boleh start dengan resepi ni tau!

BAHAN-BAHAN:
  • 1 packet milo (saiz kecil)
  • 1 paket nestum (saiz kecil)
  • 1 paket horliks (saiz kecil)
  • 1 tin susu cair
  • 1 buku buttercup
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur ayam
  • serbuk koko
  • 1 packet biskut marie (yang bentuk bulat tu)
CARA-CARA
  1. masukkan semua bahandi atas kecuali biskut marie
  2. gaulkan sehingga pekat
  3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat
  4. bila da pekat,biskut marie dan kacau sehingga sebati (ingat yer... biskut tu jangan hancurkan sangat... cukuplah dikacau bersama. biar dia patah-patah dalam bentuk yang besar)
  5. then, masukkan ke dalam container besar dan mampatkan
  6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. better buat time malam pastu esok pagi dah boleh 'projel' hehehehe.

4 comments:

Sue Zaman said...

sue suka kek batik sedap....

ladymariah said...

i pun suka sebab dia simple...

Atiey said...

semoga berjaya.........tq

ladymariah said...

thanks...